Monday, April 24, 2017

TAHNIAH BUAT TEAM OLAHRAGA MSP


Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Olahraga Politeknik Muadzam Shah diatas kejayaan mendapat tempat ke 9 dari 22 pasukan yang bertanding di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik yang berlangsung di Kota Kinabalu.


Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi Politeknik yang bertanding bagi temasya tersebut.


Friday, April 21, 2017

POLITEKNIK MALAYSIA JUARA PENCAK SILAT


Pasukan Politeknik Malaysia muncul juara keseluruhan Kategori Institut Pengajian Tinggi Jemputan dalam Kejohan Pencak Silat Antarabangsa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017 baru-baru ini. Apa yang membanggakan Pasukan Pencak Silat Politeknik Malaysia turut dibarisi oleh beberapa orang pelajar dari PMS.


Politeknik Malaysia menerima Piala Pusingan dan Iringan bersama wang tunai RM 2,000.00 yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Perseketuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Perak, Dr. Ahmad Tajudin Mansur kepada Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Zairon Mustapha yang mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia.


Sunday, April 16, 2017

KEJOHANAN TAEKWON-DO JEMPUTAN 2017 - POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Sekitar Majlis Perasmian Taekwon-Do Jemputan 2017 - Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah berlangsung di Mega Mall Kuantan, Pahang pada 14-16 April 2017.

16 April (Ahad), Seorang atlet PMS, Norsyazlin Binti Mat Saleh telah mewakili PMS dalam acara pattern and sparring kategori Black Belt.



Keputusannya Norsyazlin telah memenangi pingat perak dalam kategori Pattern dan berjaya merangkul pengat emas dalam acara Sparring. Tahniah diucapkan kepada beliau dari warga PMS.

Tuesday, April 11, 2017

ATLET OLAHRAGA PMS BUKTI KEMAMPUAN


Atlet olahraga Politeknik Muadzam Shah (PMS) menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Kejohanan Sukan Remaja Pahang 2015 apabila salah seorang atletnya berjaya dinobatkan sebagai 'Raja Pecut'. Ahmad Syafiq Nasaruddin, 20, memenangi pingat emas dalam acara larian pecut 100 meter (m) sekali gus berjaya menewaskan atlet lain yang mewakili daerah lain di dalam kejohanan yang berlangsung di Kuala Rompin dan Bandar Muadzam disini.

Selain Ahmad Syafiq, enam atlet PMS lain yang turut terlibat ialah Muhammad Amirul Qayyum Mohd Din, Nor Intan Nabiha Mat Salleh, Muhammad Zawawi Abdul Hamid, Mohammad Nasaruddin Mohd Abdullah, Ahmad Syafiq Nasaruddin, Kangeswery Raja dan Nurzatuiffah Saari yang turut menyumbang pingat perak dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 m bahagian lelaki serta wanita.

SEMOGA TERUS BERJAYA PMS


SUKMAS PMS